LIVE Tutorial Rekod Skrin di PC atau Laptop Gunakan Microsoft Power Point

7 Jun 2021 | Aktiviti Terkini

Pada tarikh 6 Jun 2021, Pusat Internet Komuniti RPR Bandar Baru Permyjaya telah mengadakan satu kelas dalam talian menggunakan aplikasi LIVE Streaming Stream Yard. Kelas yang diadakan ialah LIVE Tutorial Rekod Skrin di PC atau Laptop menggunakan Microsoft Power Point. Kelas ini berasaskan ICT kerana menggunakan komputer atau laptop dan juga aplikasi Microsoft Power Point. Kelas ini berlangsung selama 30 minit. Penyertaan direkodkan menggunakan Google Form.

Semasa kelas berlangsung, wakil Pusat Internet Komuniti RPR Bandar Baru Permyjaya menerangkan cara bagaimana untuk rekod skrin di PC atau laptop menggunakan Power Point. Cara nya mudah dengan beberapa langkah sahaja. Peserta perlu buka aplikasi Microsoft Power Point dan pergi ke insert tab dan boleh click di screen recording button di hujung.

Skrin record ini boleh rekod audio, cursor dan paparan skrin mengikut area yang dipilih. Peserta boleh rekod skrin sekiranya mereka ingin rekod sesuatu. Mudah dan senang!

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali