Basic Shopee Seller Course

6 Januari 2021 | Aktiviti Terkini

Pada tarikh 5 Januari 2021, pihak Pusat Internet Komuniti RPR Bandar Baru Permyjaya telah mengadakan satu sesi kursus asas iaitu Basic Shopee Seller Course. Kursus ini bermula dari jam 2.00 hingga 5.00 petang dan dihadiri oleh seorang peserta sahaja. Pihak PIK cuma menggalakkan latihan secara bersemuka untuk seorang sahaja.

Latihan ini bertujuan untuk membantu usahawan PIK menjana pendapatan sampingan secara atas talian menggunakan platform Shopee. Antara pengisian kursus iaitu penghasilan akaun shopee, persediaan kedai di shopee, Seller Centre dan Cara muat naik turun produk.

Mengenai pengeposan produk, peserta diberi penerangan ringkas sahaja dan diberikan senario untuk membantu pemahaman peserta. Peserta hendaklah mengukur sendiri tinggi, berat dan panjang barangan dan selepas itu bolehlah menentukan harga pos untuk satu produk.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali