Tutorial 'Menu Simple' Menggunakan Aplikasi Canva

6 Jun 2021 | Aktiviti Terkini

Pada tarikh 5 Jun 2021, Pusat Internet RPR Bandar Baru Permyjaya mengambil inisiatif untuk membuat aktiviti ICT secara dalam talian untuk mengisi waktu lapang komuniti yang #stayathome.

Tutorial ‘Menu Simple’ dibuat menggunakan aplikasi canva, dengan memilih templat yang sesuai dan mudah untuk menghasilkan menu buat peniaga makanan yang memudahkan pelanggan membuat pesanan.

Inisiatif ini juga membantu komuniti untuk melakukan aktiviti yang lebih berfaedah semasa Perintah Kawalan Pergerakan Penuh dilaksanakan. Objektif PIK RPR Bandar Baru Permyjaya untuk komuniti disekitarnya adalah, Menuju Celik ICT.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali