Perkongsian Santai Klik dengan Bijak - Love Scam

9 Ogos 2021 | Aktiviti Terkini

Pada tarikh 8 Ogos 2021, Pusat Internet Komuniti RPR Bandar Baru Permyjaya telah mengadakan satu sesi perkongsian santai Klik dengan Bijak tentang Love Scam. Sesi perkongsian ini telah diadakan di Facebook Page Pusat Internet Komuniti RPR Bandar Baru Permyjaya untuk tontonan ramai.

Tujuan sesi perkongsian santai ini diadakan adalah untuk memberi kesedaran kepada komuniti tentang love scam atau pun penipuan cinta dalam talian. Dalam perkongsian ini, staf PIK menjelaskan tentang love scam iaitu satu penipuan yang berunsurkan asmara dimana pelaku menjalinkan hubungan cinta dengan mangsa dan kemudian menipu mangsa untuk mendapatkan duit. Selain itu, staf PIK juga menjelaskan modus operandi love scam dan cara untuk mengelakkan diri menjadi mangsa love scam.

Kebaikan sesi perkongsian santai ini adalah komuniti tahu dan sedar mereka perlu berhati-hati Ketika berada dalam talian dan tidak berkongsi berlebihan supaya tidak menjadi mangsa love scam.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali