LIVE Tutorial Hasilkan Gambar Passport Guna Microsoft PowerPoint

6 Jun 2021 | Aktiviti Terkini

Pada tarikh 5 Jun 2021, Pusat Internet Komuniti RPR Bandar Baru Permyjaya telah mengadakan satu kelas dalam talian menggunakan aplikasi LIVE Streaming Stream Yard. Kelas yang diadakan ialah LIVE Tutorial hasilkan gambar passport guna Microsofgt Power Point. Kelas ini berasaskan ICT kerana menggunakan komputer atau laptop dan aplikasi Microsoft Power Point. Kelas ini berlangsung selama 30 minit. Penyertaan direkodkan menggunakan Google Form.

Semasa kelas berlangsung, wakil Pusat Internet Komuniti RPR Bandar Baru Permyjaya menerangkan cara bagaimana untuk menghasilkan gambar passport menggunakan Power Point. Cara nya mudah dengan beberapa langkah sahaja. Peserta hendaklah memasukkan gambar ke dalam Microsoft Power Point, remove background dan tukar background kepada warna biru atau putih. Kemudian, peserta perlu resize gambar mengikut ukuran standard size gambar passport dan copy and paste sebanyak mungkin.

Penghasilan gambar passport menggunakan Microsoft Power Point sangat mudah dan jimat. Peserta dapat menghasilkan gambar passport dalam jumlah kuantiti yang banyak dan cetak guna kertas khas iaitu glossy paper untuk gambar supaya lebih cantik dan berkualiti.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali