Sesi Perkongsian Klik dengan Bijak - Lindungi Media Sosial Anda

11 November 2021 | Aktiviti Terkini

Pada tarikh 10 November 2021, Pusat Internet Komuniti RPR Bandar Baru Permyjaya telah mengadakan satu sesi perkongsian Klik dengan Bijak tentang lindungi media sosial anda. Perkongsian ini telah diadakan di Facebook Page Pusat Internet Komuniti RPR Bandar Baru Permyjaya untuk tontonan ramai.

Tujuan sesi perkongsian Klik dengan Bijak ini diadakan adalah untuk meningkatkan kesedaran kepada orang awam tentang pentingnya untuk melindungi media sosial mereka. Dalam perkongsian ini, staf PIK telah berkongsi mengapa perlu lindungi media sosial dan langkah untuh melindungi media sosial. Selain itu, orang awam dinasihatkan untuk tidak berkongsi berlebihan dan berhati-hati ketika berkongsi sesuatu di media sosial supaya tidak menjadi mangsa penipuan internet.

Kebaikan sesi perkongsian ini ialah orang awam sedar peranan dan tanggungjawab mereka ketika menggunakan media sosial supaya diri mereka dan media sosial mereka dilindungi.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali