Kelas Shopee Usahawan (Pemasaran Produk Dalam Aplikasi Shopee)

11 September 2021 | Aktiviti Terkini

Pada tarikh 10 September 2021, Pusat Internet Komuniti RPR Bandar Baru Permyjaya telah mengadakan satu kelas Shopee Usahawan dimana usahawan PIK ini belajar memasukkan produk perniagaan beliau didalam aplikasi Shopee.

Kelas ini bertujuan untuk membimbing usahawan bagi memasukkan produk didalam aplikasi Shopee dan seterusnya membuat promosi kepada pelanggan beliau. Ia juga bertujuan untuk menyenangkan pelanggan yang berada luar daripada Sarawak untuk membuat pembelian produk beliau.

Setelah selesai memasukkan dan memasarkan produk di aplikasi Shopee, usahawan PIK iaitu Puan Julia berharap agar kaedah ini boleh menambahkan lagi pendapatan beliau.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali