Kelas Asas Komputer dan Microsoft Office

7 Februari 2021 | Aktiviti Terkini

Pada tarikh 6 Februari 2021, pihak Pusat Internet Komuniti RPR Bandar Baru Permyjaya telah mengadakan satu kelas asas komputer dan Microsofot Office. Kelas ini diadakan dalam talian menggunakan Zoom Meeting kerana kelas fizikal sepanjang pandemic Covid-19 tidak digalakkan bagi mengurangkan jangkitan Covid-19. Kelas ini disertai oleh seorang peserta berusia 19 tahun iaitu Cik Natalie.

Dalam kelas asas komputer, peserta dikenalkan dengan komponen-komponen asas komputer dan fungsi setiap komponen-komponen asas tersebut. Peserta mengenali monitor, tetikus dan papan kekunci. Untuk bahagian dalam komputer, peserta mula kenal motherboard, RAM, internal hard drive, processor dan sebagainya. Peserta turut diberi latihan tubi yang ringkas dan bersoal jawab dengan pelatih ketika kelas asas komputer berlangsung.

Semasa kelas Microsoft Office, peserta belajar tentang fungsi Microsoft Word, Microsoft Excel dan Microsoft Powerpoint. Kemudian, peserta belajar cara mencipta dokumen, menyimpan dokumen, membuka dokumen yang telah disimpan, mencetak dokumen, mengira menggunakan formula dan mencipta graf menggunakan Microsoft Excel dan mencipta slide menggunakan Microsoft Power Point.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali