ICT Word Search

24 Februari 2020 | Aktiviti Terkini

Pada tarikh 23 Februari 2020, pegawai Pusat Internet RPR Bandar Baru Permyjaya bersama dengan pegawai Pusat Internet Kampung Luak dan Pusat Internet Kampung Lambir telah mengadakan satu pertandingan ICT Word Search bertempat di Bilik Latihan Pusat Internet Kampung Luak dari jam 11:00 pagi sehingga 12:00 tengahari. Pertandingan ini telah disertai oleh seramai 30 orang peserta berumur dalam lingkungan 10 sehingga 17 tahun.

Tujuan pertandingan ini diadakan adalah untuk menguji kepantasan peserta dalam mencari jawapan pencarian perkataan ICT dalam Bahasa Inggeris seperti mouse, motherboard, processor, keyboard, speaker dan sebagainya. Setiap seorang peserta menggunakan satu komputer ketika menyertai pertandingan ini. Peserta yang berjaya mencari jawapan pencarian perkataan ICT dalam masa yang cepat memenangi pertandingan ini. Penyampaian hadiah dilakukan selepas selesai pertandingan.

Kesimpulannya, pertandingan ICT Word Search dapat menguji ketangkasan dan kepantasan peserta menggunakan komputer dan mecari perkataan yang tersembunyi. Pada masa yang sama, peserta dapat memupuk semangat bersaing secara sihat kerana pertandingan ini berasaskan individu dan melatih menjadi pengguna internet yang bijak.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali