Typing Challenge

5 Oktober 2020 | Aktiviti Terkini

Pada tarikh 4 Oktober 2020, pihak Pusat Internet RPR Bandar Baru Permyjaya telah mengadakan satu kelas iaitu Typing Challenge class. Kelas ini telah disertai oleh seorang peserta berusia 27 tahun. Kelas ini diadakan di Bilik Latihan Pusat Internet RPR Bandar Baru Permyjaya selama 30 minit bermula dari jam 10:00 pagi sehingga 10:30 pagi berikutan mematuhi SOP Pusat Internet semasa pandemik Covid-19.

Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk memberi latihan kepada peserta tentang cara yang betul untuk menaip dan meningkatkan kemahiran menaip tanpa melihat papan kekunci. Peserta diajar cara untuk menggunakan dan meletakkan jari-jari di atas huruf-huruf tertentu. Selepas mengikuti kelas typing challenge, peserta dikehendaki menyelesaikan typing test dalam masa satu minit untuk melihat ketepatan dan kelajuan menaip. Melalui kelas ini, peserta dapat tahu cara menaip yang betul. Peserta juga dapat melatih diri untuk menaip tanpa melihat papan kekunci kerana telah belajar teknik-teknik tertentu.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali