Train The Trainer (TTT) Basic Shopee Seller Course

12 November 2020 | Aktiviti Terkini

Pada tarikh 10 dan 11 November 2020, staf Pusat Internet Komuniti telah menyertai kursus Train The Trainer (TTT) Basic Shopee Seller Course secara atas talian menggunakan aplikasi Zoom. Kursus ini telah disertai oleh semua Pengurus dan Penolong Pengurus Pusat Internet Komuniti. Tujuan kursus ini diadakan adalah untuk membantu staf PIK dan usahawan menjana pendapatan sampingan melalui aplikasi Shopee. Pengurus dan Penolong Pengurus dilatih untuk memuat naik gambar profil kedai, menganggarkan harga pos dan kos, dan menyunting gambar menarik menggunakan aplikasi Canva. Modul telah diberikan sebagai panduan staf untuk membantu usahawan pada masa akan datang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali