VIDEO Tutorial Pendaftaran Akaun Gmail

22 November 2020 | Aktiviti Terkini

Pada tarikh 21 November 2020, pihak Pusat Internet Komuniti RPR Bandar Baru Permyjaya telah mengadakan satu kelas atas talian iaitu Kelas Tutorial Pendaftaran Akaun Gmail. Sesi perkongsian kelas ini bersiaran secara tidak langsung di Facebook Page Pusat Internet Komuniti RPR Bandar Baru Permyjaya bermula dari jam 2:00 petang sehingga 2:30 petang untuk mengurangkan kelas fizikal kerana pandemik Covid-19. Perkongsian ini telah disertai oleh 4 orang peserta.

Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk membantu para usahawan dan pelajar lagi-lagi pada masa ini mereka memerlukan rekod dan juga log masuk ke aplikasi yang mereka muat turun. Akaun Gmail ini dapat membantu usahawan dari segi menyimpan rekod dan fail kewangan sebagai inisiatif jika fail didalam pemacu mudah alih hilang. Manakala kepada pelajar, mereka juga memerlukan emel bagi tujuan sesi pembelajaran dalam talian. Ini memerlukan mereka log masuk menggunakan emel bagi tujuan setiap sesi pembelajaran.

Kelebihan mendaftar akaun Gmail juga dapat kita lihat kerana google mempunyai pelbagai fungsi yang berguna kepada komuniti antaranya Google Drive, Google Meet, Google Classroom, Google Form, Google Sheet dan sebagainya. Aplikasi ini amat memudahkan urusan pengguna akaun Gmail dan juga interface yang user-friendly juga memudahkan mereka memahami cara menggunakannya.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali