ICT Pop Quiz

24 Februari 2020 | Aktiviti Terkini

Pada tarikh 23 Februari 2020, pegawai Pusat Internet RPR Bandar Baru Permyjaya bersama dengan pegawai Pusat Internet Kampung Luak dan Pusat Internet Kampung Lambir telah mengadakan satu pertandingan ICT Pop Quiz bertempat di Bilik Latihan Pusat Internet Kampung Luak dari jam 12:00 tengahari sehingga 1:00 petang. Pertandingan ini telah disertai oleh seramai 30 orang peserta berumur dalam lingkungan 10 sehingga 17 tahun.

Tujuan pertandingan ini diadakan adalah untuk menguji tahap pengetahuan peserta mengenai asas ICT seperti komponen asas komputer dan juga cara untuk menjadi pengguna internet yang bijak. Pertandingan ini mempunyai 10 soalan dan setiap soalan diberikan tempoh masa selama 20 saat untuk peserta berfikir dan menjawab menggunakan komputer di hadapan mereka. Peserta yang mengumpul markah yang tertinggi menjuarai pertandingan ini. Sesi penyampaian hadiah dilakukan oleh pegawai dari Pusat Internet kepada peserta tempat pertama, kedua dan ketiga. Kesimpulannya, melalui pertandingan ini peserta memperoleh ilmu pengetahuan ekstra kerana tahu tentang klik dengan bijak dan asas komputer. Pada masa yang sama, mereka dapat memantapkan skil dan kecekapan mereka menggunakan komputer.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali