Program KDB Membeli Belah Dalam Talian

6 November 2020 | Aktiviti Terkini

Pada tarikh 5 November 2020, pihak Pusat Internet Komuniti RPR Bandar Baru Permyjaya telah menyertai satu program Klik dengan Bijak iaitu membeli belah dalam talian yang dianjurkan oleh Facebook Page Klik dengan Bijak. Moderator nya merupakan Puan Saidatul Ashikin Abu Hassan dan disertai oleh seorang ahli panel iaitu Puan Nur Adilah Samsudin. Perkongsian program Klik dengan Bijak kali ini bermula dari jam 10:00 pagi sehingga 11:30 pagi dan bersiaran secara langsung di atas talian melalui aplikasi Zoom Meeting.

Membeli belah dalam talian merupakan proses dimana pengguna dapat membeli produk atau perkhidmatan dalam talian. Pengguna atau pembeli dapat membeli barang pada harga yang murah di atas talian 7 hari seminggu dimana sahaja mereka berada. Pembelian di atas talian di kenali sebagai e-dagang yang digunakan untuk urus niaga perniagaan-ke-perniagaan (B2B) dan perniagaan-ke-pengguna (B2C). Antara kategori e-dagang termasuklah mempunyai laman sesawang runcit. Pengguna suka membeli belah dalam talian kerana ia nya mudah dan efisien, selamat dan memberi privasi kepada pengguna, dapat membuat perbandingan harga dan dapat bantuan dan sokongan melalui live chat. Namun demikian, tidak dinafikan terdapat juga risiko membeli di atas talian. Antaranya penipuan, laman web palsu, laman web tidak tersulit, kos tersembunyi dan isu standard keselamatan.

Justeru, melalui program Klik dengan Bijak Membeli Belah dalam Talian ini diharap dapat memberi kesedaran kepada pengguna supaya mengambil langkah berjaga-jaga dan berhati-hati ketika membeli barang di atas talian untuk mengelak dari ditipu. Pengguna dinasihatkan untuk klik dengan bijak dan mengaplikasi tips-tips keselamatan penggunaan internet.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali