LIVE Kelas Asas Komputer

9 November 2020 | Aktiviti Terkini

Pada tarikh 8 November 2020, pihak Pusat Internet Komuniti RPR Bandar Baru Permyjaya telah mengadakan satu kelas atas talian iaitu Kelas Asas Komputer. Sesi perkongsian kelas ini bersiaran secara langsung di Facebook Page Pusat Internet Komuniti RPR Bandar Baru Permyjaya bermula dari jam 2:00 petang sehingga 2:30 petang untuk mengurangkan kelas fizikal kerana pandemik Covid-19. Perkongsian ini telah disertai oleh 7 orang peserta.

Kelas Asas Komputer merupakan kelas dimana peserta dapat mempelajari komponen – komponen asas komputer dan mengenali fungsi setiap komponen. Antara komponen yang peserta tahu selepas mengikuti kelas ini ialah hard drive, processor, RAM, motherboard, HDMI port dan sebagainya. Peserta juga berkesempatan untuk menjawab latih tubi IQ atas talian berkenaan komponen asas komputer dan secara tidak langsung menguji tahap pemahaman mereka terhadap asas komputer.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali