Kursus Asas Komputer & Penggunaan Internet

9 Februari 2020 | Aktiviti Terkini

Pada tarikh 8 Februari 2020, Pusat Internet RPR Bandar Baru Permyjaya bersama dengan Pusat Internet Kampung Lambir telah mengadakan satu kursus asas komputer dan penggunaan internet kepada komuniti setempat yang telah diadakan di Bilik Latihan, Pusat Internet Kampung Lambir. Kelas ini telah disertai oleh 4 orang peserta yang berumur dalam lingkungan 35 sehingga 55 tahun dari jam 10:00 pagi sehingga 5:00 petang.

Semasa kursus ini berlangsung, peserta telah diajar cara untuk menggunakan komputer. Para peserta turut diperkenalkan dengan asas-asas komputer seperti motherboard, mouse, monitor, motherboard, RAM, processor dan beberapa komponen asas komputer yang lain. Setelah diperkenalkan kepada rupa bentuk asas komputer, peserta diterangkan pula kepada fungsi setiap komponen tersebut supaya mereka lebih faham tentang kegunaan setiap komponen.

Seterusnya, peserta diajar cara untuk menggunakan internet supaya dapat mencari maklumat dengan lebih baik iaitu dengan menggunakan kata kekunci yang tepat. Peserta turut diperkenalkan kepada beberapa browser yang boleh digunakan untuk mencari maklumat di internet seperti Internet Explorer, Google Chrome dan juga Mozilla Firefox. Pada masa yang sama, peserta diajar untuk sentiasa klik dengan bijak ketika menggunakan internet agar dapat mengelakkan jenayah siber

Kesimpulannya, peserta mendapat ilmu pengetahuan yang baharu dan dapat menggunakan ilmu mereka untuk tujuan bekerja. Mereka juga dapat mempraktikkan ilmu mereka dalam kehidupan seharian untuk tujuan yang lebih baik dan mengajar orang lain.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali