KDB Talk di SMK Taman Tunku

7 Januari 2020 | Aktiviti Terkini

Pada tarikh 06 Januari 2020, pegawai Pusat Internet RPR Bandar Baru Permyjaya bersama dengan pegawai dari Pusat Internet Kampung Luak dan Pusat Internet Kampung Lambir telah dijemput ke SMK Taman Tunku untuk memberikan ceramah tentang Klik dengan Bijak. Ceramah ini telah disertai oleh pelajar Tingkatan 1 yang berjumlah seramai 206 orang bersempena dengan Program Orientasi Sekolah Tahun 2020.

Ceramah ini telah diadakan di Dewan Excellence dari jam 8:00 pagi sehinga 10:00 pagi. Dalam ceramah yang berdurasi dua jam ini, peserta telah didedahkan kepada enam agenda utama dalam inisiatif keselamatan Klik dengan Bijak termasuklah Buli Siber, Sexting, Cyber Grooming, Oversharing, Keselamatan dalam Komputer dan juga Maklumat Palsu. Pelbagai informasi dikongsikan kepada peserta supaya mereka tahu untuk sentiasa mengambil langkah berjaga-jaga dan berhati-hati ketika menggunakan internet.

Ceramah ini turut diselitkan dengan aktiviti Klik dengan Bijak seperti Radio Rosak supaya peserta lebih faham dengan mesej yang ingin disampaikan. Secara keseluruhan, ceramah ini membantu peserta untuk lebih memahami inisiatif Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia supaya menjadi pengguna internet yang bijak dan berhati-hati dengan penggunaan internet seharian.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali