Tayangan video Klik dengan Bijak

21 Jun 2020 | Aktiviti Terkini

Pada tarikh 20 Jun 2020, pihak Pusat Internet RPR Bandar Baru Permyjaya telah mengadakan beberapa tayangan video Klik dengan Bijak yang bertempat di Bilik Latihan Pusat Internet RPR Bandar Baru Permyjaya. Tayangan video ini bermula daripada jam 9:00 pagi sehingga 10:00 pagi dan disertai oleh seorang peserta berusia 20 tahun. Tujuan tayangan video Klik dengan Bijak ini ditayangkan adalah untuk meningkatkan kesedaran pengguna terhadap beberapa isu seperti Online Scam dan Check Your Label.

Peserta sebagai pengguna internet harian harus sedar dan pandai menggunakan internet supaya tidak mudah tertipu. Peserta harus klik dengan bijak dan tidak menekan link yang mencurigkan. Selain itu, pembelian barang elektronik seperi telefon bimbit, tablet dan walkie-talkie perlu ada label sah MCMC supaya pengecasan yang berlaku akan selamat dan tidak membahayakan orang lain. Kesimpulannya, tayangan video Klik dengan Bijak ini membantu memberi kesedaran kepada peserta untuk menjadi seorang pengguna internet yang peka dan bijak dalam menangani situasi yang tidak diingini sekiranya berlaku kepada mereka.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali