Slot Usahawan Jamu Julia

31 Oktober 2020 | Aktiviti Terkini

Pada tarikh 30 Oktober 2020, pihak Pusat Internet Komuniti RPR Bandar Baru Permyjaya telah mengadakan satu sesi perkongsian slot usahawan iaitu Jamu Julia. Sesi perkongsian bersiaran secara langsung di Facebook Page Pusat Internet Komuniti RPR Bandar Baru Permyjaya bermula dari 3:00 petang sehingga 3:30 petang. Sesi perkongsian ini dilakukan atas talian untuk memperkenalkan dan mempromosikan produk usahawan kepada orang ramai.

Untuk pengetahuan, Jamu Julia ini telah diasaskan oleh Puan Julia binti Pawi. Perniagaan jamu Julia ini bermula pada tahun 2006. Antara jamu yang diasaskan oleh Puan Julia ialah Jamu Madu, Jamu Sirih, Jamu Jintan Hitam dan Air Kunyit. Jamu ini dihasilkan melalui rempah ratus dari Kuching, Sarawak dan di proses tanpa menggunakan bahan kimia dan bahan pengawet. Jamu ini boleh diamalkan oleh remaja dan orang tua terutamanya wanita. Pusat Internet RPR Bandar Baru Permyjaya juga telah membantu Puan Julia melalui kursus keusahawan yang diadakan melalui cara mempromosi produk dan penyusunan data kewangan. Beliau menjadi seorang usahawan yang celik IT kerana tahu menggunakan media sosial untu pemasaran produk beliau.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali