Advokasi Klik dengan Bijak (Maklumat Palsu)

19 Oktober 2020 | Aktiviti Terkini

Pada tarikh 18 Oktober 2020, pihak Pusat Internet Komuniti RPR Bandar Baru Permyjaya telah mengadakan satu sesi perkongsian advokasi Klik dengan Bijak berkenaan Maklumat Palsu. Sesi perkongsian bersiaran secara langsung di Facebook Page Pusat Internet Komuniti RPR Bandar Baru Permyjaya bermula dari 11:00 pagi sehingga 11:30 pagi. Perkongsian advokasi ini dilakukan atas talian untuk mengurangkan kelas fizikal sepanjang pandemik Covid-19.

Maklumat palsu ialah maklumat yang disebarkan tanpa kesahiahan serta bukti yang sah. Penyebaran maklumat palsu mendatangkan pelbagai kesan negatif jika tidak dibendung. Untuk pengetahuan, terdapat empat jenis maklumat palsu dan tidak tepat iaitu gosip, khabar angin, spekulasi dan penipuan. Penyebaran berita palsu boleh memudaratkan seseorang atau satu organisasi. Ia boleh mengaibkan individu atau pihak yang terlibat jika maklumat yang disebarkan itu tidak benar. Ia juga memberi kesan negatif kepada reputasi seseorang atau organisasi.

Selain itu, penyebaran maklumat palsu boleh menyebabkan kerugian jika ia melibatkan wang ringgit terutama sekali mangsa penyebaran maklumat palsu untuk membersihkan nama mereka. Kemudian, penyebaran berita palsu dari orang yang tidak bertanggungjawab menyebabkan penyebaran maklumat yang tidak benar kepada masyarakat yang mudah percaya dan tiada sumber untuk menyemak kesahihan maklumat palsu tersebut. Untuk pengetahuan, pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia telah memperkenalkan portal dan aplikasi sebenarnya.my supaya mereka dapat menyemak kesahihan maklumat yang diterima serta melaporkan maklumat yang tidak pasti kesahihan nya.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali