Perkongsian Advokasi Klik dengan Bijak Buli Siber

8 November 2020 | Aktiviti Terkini

Pada tarikh 7 November 2020, pihak Pusat Internet Komuniti RPR Bandar Baru Permyjaya telah mengadakan satu sesi perkongsian advokasi Klik dengan Bijak mengenai buli siber. Sesi perkongsian bersiaran secara langsung di Facebook Page Pusat Internet Komuniti RPR Bandar Baru Permyjaya bermula dari jam 4:00 petang sehingga 4:30 petang untuk mengurangkan kelas fizikal kerana pandemik Covid-19. Perkongsian ini telah disertai oleh 15 orang peserta.

Buli siber merupakan segala perlakuan menghina bertujuan untuk memalukan seseorang dengan membuat perkongsian gambar atau video melalui media sosial seperti laman sembang atau aplikasi atas talian iaitu Whatsapp dan Facebook. Melalui perkongsian ini, peserta dapat mengenali pembuli siber dan bahasa si pembuli. Tips pencegahan buli siber turut dikongsi untuk menangani gejala buli siber dalam kalangan masyarakat. Masyarakat perlu menjadi orang yang prihatin dan berwaspada dengan keadaan sekeliling supaya buli siber dapat dibanteras bersama.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali