Bengkel Resume

21 Jun 2020 | Aktiviti Terkini

Pada tarikh 20 Jun 2020, pihak Pusat Internet RPR Bandar Baru Permyjaya telah mengadakan satu Bengkel Resume yang bertempat di Bilik Latihan Pusat Internet RPR Bandar Baru Permyjaya. Bengkel Resume ini bermula daripada jam 3:00 petang sehingga 4:00 petang dan disertai oleh seorang peserta berusia 20 tahun. Tujuan bengkel resume ini diadakan adalah untuk mengajar peserta cara untuk mencipta resume bagi tujuan memohon pekerjaan dan sebagainya. Peserta diajar untuk mencipta resume sendiri dengan menggunakan aplikasi Canva. Di Canva, peserta hanya perlu mendaftar sebagai pengguna dan boleh menggunakan template resume yang telah tersedia dan mengisi maklumat mereka dan muat turun resume tersebut.

Pelbagai reka bentuk dan pilihan warna dapat dipilih sekiranya peserta menggunakan aplikasi Canva untuk mencipta resume mereka. Penciptaan resume menjadi ringkas dan mudah sekiranya peserta ingin resume yang padat, ringkas dan berwarna-warni. Kesimpulannya, bengkel ini dapat membantu peserta mengenali aplikasi yang dapat membantu mereka mencipta resume dengan sekelip mata. Peserta juga dapat mengemaskini resume mereka dengan mudah dari semasa ke semasa.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali