Perkongsian dan Soal Jawab Klik dengan Bijak (Keselamatan Dalam Komputer)

16 Disember 2020 | Aktiviti Terkini

Pada tarikh 15 Disember 2020, pihak Pusat Internet Komuniti RPR Bandar Baru Permyjaya telah mengadakan satu sesi perkongsian dan soal jawab Klik dengan Bijak iaitu Keselamatan Dalam Komputer. Sesi perkongsian ini menggunakan platform Google Meet bermula dari jam 2:00 petang sehingga 5:00 petang bagi mengurangkan kelas fizikal kerana pandemik Covid-19. Perkongsian ini telah disertai oleh 6 orang peserta.

Sesi perkongsian Klik dengan Bijak mengenai Keselamatan Dalam Komputer ini merupakan satu inisiatif Pusat Internet Komuniti untuk menyalurkan maklumat mengenai pentingnya keselamatan dalam komputer supaya peserta mempunyai lebih peka semasa menggunakan komputer. Terdapat dua perkara penting yang ditekankan didalam perkongsian ini termasuklah memelihara integrity maklumat dan menghindarkan komputer daripada terkena serangan virus.

Peserta juga langkah-langkah yang wajib diambil untuk memastikan komputer selamat digunakan, maklumat tidak bocor ke pihak yang tidak bertanggungjawab dan komputer bersih serta selamat daripada serangan virus.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali