Perkongsian dan Klik dengan Bijak (Maklumat Palsu)

30 Disember 2020 | Aktiviti Terkini

Pada tarikh 29 Disember 2020, pihak Pusat Internet Komuniti RPR Bandar Baru Permyjaya telah mengadakan satu sesi perkongsian Klik dengan Bijak iaitu Maklumat Palsu. Sesi perkongsian ini menggunakan platform StoryExpress dan Whatsapp bermula dari jam 11:45 pagi sehingga 12:15 tangahari bagi mengurangkan kelas fizikal kerana pandemik Covid-19. Perkongsian ini telah disertai oleh 22 orang peserta.

Sesi perkongsian Klik dengan Bijak mengenai Maklumat Palsu ini merupakan satu inisiatif Pusat Internet Komuniti untuk menyalurkan maklumat mengenai pentingnya membanteras maklumat palsu. Maklumat palsu menjadi Trend terkini di media sosial kerana terlalu banyak sumber yang tidak sahih di media sosial. Tujuan perkongsian ini juga adalah untuk mendidik peserta untuk lebih berhati-hati berkongsi maklumat dan periksa kesahihannya sebelum berkongsi maklumat tersebut.

Antara pengisian perkongsian ialah definisi maklumat palsu untuk membantu komuniti lebih memahami tentang maksud maklumat palsu. Selain itu, jenis-jenis maklumat palsu juga dikongsikan untuk memastikan peserta dapat membezakan kategori maklumat palsu tersebut. Akibat berkongsi maklumat palsu juga diselitkan didalam perkongsian supaya peserta lebih peka dan tidak berkongsi maklumat palsu kerana ia merupakan satu jenayah.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali