LIVE Sesi Perkongsian Klik dengan Bijak (Sexting)

6 Disember 2020 | Aktiviti Terkini

Pada tarikh 5 Disember 2020, pihak Pusat Internet Komuniti RPR Bandar Baru Permyjaya telah mengadakan satu sesi perkongsian Klik dengan Bijak iaitu Sexting. Sesi perkongsian ini bersiaran secara langsung di Facebook Page Pusat Internet Komuniti RPR Bandar Baru Permyjaya bermula dari jam 4:00 petang sehingga 4:30 petang bagi mengurangkan kelas fizikal kerana pandemik Covid-19. Perkongsian ini telah disertai oleh 9 orang peserta.

Sesi perkongsian Klik dengan Bijak mengenai Sexting ini merupakan satu inisiatif Pusat Internet Komuniti untuk menyalurkan maklumat mengenai Sexting supaya peserta mempunyai kesedaran terhadap Apa itu Sexting. Sexting merupakan segala perlakuan penerimaan dan penghantaran audio, video, gambar atau mesej berunsurkan lucah melalui telefon bimbit atau platform media sosial daripada individu A kepada individu B.

Peserta juga tahu senario Sexting, kesan negatif Sexting dan tips pencegahan Sexting Semasa mengikuti sesi perkongsian ini.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali