Klik Dengan Bijak – Pendidikan Seks

28 Julai 2019 | Aktiviti Terkini

Pada tarikh 27 Julai 2019, Pusat Internet RPR Bandar Baru Permyjaya telah mengadakan satu tayangan video Klik Dengan Bijak iaitu Pendidikan Seks bertempat di Bilik Latihan, Pusat Internet RPR Bandar Baru Permyjaya dari jam 2:00 petang sehingga 2:30 petang. Tayangan video ini telah disertai oleh 12 orang peserta berumur dalam lingkungan 8 sehingga 12 tahun.

Tujuan tayangan video Klik Dengan Bijak iaitu Pendidikan Seks ialah untuk mendidik peserta pentingnya menjaga diri terhadap orang yang suka mengambil kesempatan. Peserta diajar untuk melaporkan kepada ibu bapa atau penjaga sekiranya mereka melihat aktiviti yang tidak senonoh atau mencurigakan yang terjadi terhadap mereka.

Antara kebaikan yang diperoleh dari tayangan video ini ialah peserta belajar untuk menjadi lebih berwaspada terhadap keselamatan diri dan mengambil tindakan yang wajar sekiranya orang dewasa membuat perkara yang tidak elok terhadap mereka dengan mengadu kepada orang yang dipercayai. 

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali