Kuiz Kahoot Know Your Body Parts

21 November 2019 | Aktiviti Terkini

Pada tarikh 20 November 2019, Pusat Internet RPR Bandar Baru Permyjaya telah mengadakan satu tayangan video Klik dengan Bijak iaitu Penjagaan Alam Sekitar Tanggungjawab Bersama dan satu kuiz Kahoot mengenai Know Your Body Parts (Mengenali Anggota Badan) yang telah diadakan di Bilik Latihan, Pusat Internet RPR Bandar Baru Permyjaya. Kuiz ini telah disertai oleh 6 orang peserta yang berumur dalam lingkungan 8 sehingga 11 tahun dari 2:00 sehingga 5:00 petang.

Tujuan kuiz ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada peserta tentang e-learning atau pun pembelajaran menggunakan komputer melalui internet. Salah satu konsep e-learning ialah menggunakan aplikasi Kahoot. Kahoot Know Your Body Parts memberi pendedahan kepada peserta untuk mengenali anggota badan dalam Bahasa Inggeris seperti face, knee, arms, eyes dan sebagainya. Antara kebaikan yang peserta perolehi dari kuiz ini ialah peserta dapat tahu nama anggota badan dalam Bahasa Inggeris. Pada masa yang sama, peserta tahu akan kewujudan proses e-learning dan dapat menggunakan aplikasi Kahoot pada alatan elektronik yang lain seperti telefon bimbit.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali