Kursus Softskills

14 Julai 2019 | Aktiviti Terkini

Pada tarikh 13 Julai 2019, Pusat Internet RPR Bandar Baru Permyjaya telah mengadakan satu kursus softskills bertempat di Bilik Latihan, Pusat Internet RPR Bandar Baru Permyjaya dari jam 8:00 pagi sehingga 4:00 petang. Kursus ini diadakan dengan kolaborasi bersama pihak Kementerian Permodenan Pertanian, Tanah Adat dan Pembangunan Wilayah Sarawak (MANRED). Sehubungan itu, kursus ini telah disertai oleh 25 orang peserta berumur dalam lingkungan 18 sehingga 60 tahun.

Tujuan kursus ini diadakan adalah untuk mendedahkan peserta kepada cara pembawaan diri sebagai seorang usahawan yang ingin mempromosikan produk mereka kepada orang ramai. Justeru, mereka perlu mempunyai softskills supaya mereka berani untuk menerangkan kebaikan dan kekuatan produk mereka. Antara softskills yang mereka pelajari adalah presentation skills, communication skills, business etiquette dan juga leadership and management. Antara kebaikan yang diperoleh dari kursus ini ialah peserta lebih berkeyakinan untuk mempromosikan produk mereka kepada orang ramai kerana mereka mempunyai skill yang tertentu untuk meyakinkan orang ramai membeli produk mereka.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali