Powerpoint presentation (About Malaysia)

6 Oktober 2019 | Aktiviti Terkini

Pada tarikh 05 Oktober 2019, Pusat Internet RPR Bandar Baru telah mengadakan satu sesi powerpoint presentation tentang Malaysia. Presentation ini telah diadakan di Bilik Latihan, Pusat Internet RPR Permyjaya dan telah disertai seorang peserta yang berumur 28 tahun. Powerpoint presentation tentang Malaysia ini diadakan untuk melatih peserta mencipta slide dari Microsoft Powerpoint.

Peserta turut diajar cara untuk menyimpan slide dan mencetak slide. Pada masa yang sama, peserta dilatih untuk menggunakan animations dan transitions dalam slide mereka supaya slide nampak lebih menarik ketika dibentangkan. Antara kebaikan yang diperolehi dari presentation ini, peserta menjadi yakin untuk melakukan presentation di hadapan orang. Peserta juga pandai menggunakan Powerpoint untuk presentation yang akan datang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali