Kuiz Kahoot Mobile e-waste

22 November 2019 | Aktiviti Terkini

Pada tarikh 21 November 2019, Pusat Internet RPR Bandar Baru Permyjaya telah mengadakan satu tayangan video Klik dengan Bijak iaitu tentang Cyber Grooming dan satu kuiz Kahoot Mobile e-waste yang telah diadakan di Bilik Latihan, Pusat Internet RPR Bandar Baru Permyjaya. Kelas ini telah disertai oleh 10 orang peserta yang berumur dalam lingkungan 8 sehingga 11 tahun dari 2:00 sehingga 5:00 petang.

Tujuan tayangan video Klik dengan Bijak : Cyber Grooming diadakan bertujuan untuk memberi pendedahan kepada kanak – kanak tentang keselamatan diri ketika menggunakan internet. Tidak semua rakan internet boleh dipercayai kerana tidak semua menggunakan identiti sebenar. Justeru, peserta harus berwaspada dan berhati – hati supaya tidak menjadi mangsa penipuan internet.

Sehubungan itu, satu kuiz Kahoot : Mobile e-waste turut diadakan bertujuan untuk memberi pendedahan kepada peserta tentang e-learning dan program e-sisa iaitu program kitar semula alatan peranti yang rosak untuk diberi kehidupan baru. Pembuangan alatan peranti elektronik perlu selamat kerana komponen pembinaannya mengandungi plumbum dan plastik yang berbahaya dan tidak boleh terurai secara semulajadi. Kesimpulannya, peserta mendapat ilmu pengetahuan yang baharu tentang e-sisa dan pada masa yang sama menjadi seorang yang celik IT kerana tahu tentang e-learning dimana proses pembelajaran boleh dilakukan secara interaktif dan menarik menggunakan internet dan komputer.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali