Klik Dengan Bijak – What Is Illegal

27 Januari 2019 | Aktiviti Terkini

Pada tarikh 26 Januari 2019, Pusat Internet RPR Permyjaya telah mengadakan satu tayangan video advokasi Klik Dengan Bijak iaitu What Is Illegal bertempat di Bilik Latihan, Pusat Internet RPR Permyjaya. Tayangan video ini telah disertai seramai tujuh orang peserta berusia dalam lingkungan 15 – 18 tahun. Tujuan utama tayangan video Klik Dengan Bijak – What is Illegal adalah bertujuan untuk memupuk kesedaran dan kepentingan kepada peserta bahawa adanya maklumat yang tidak sepatutnya di kongsi media sosial kerana tidak semua nya sesuai dengan tontonan umum.

Peserta yang terlibat dinasihati untuk berkongsi maklumat yang betul dan sahih. Selain dari itu, peserta perlu menjadi pengguna internet yang bijak dan tidak menyalahgunakan kemudahan internet untuk kepentingan diri. Perkongsian maklumat yang telus dan benar akan memudahkan semua pihak dan tidak akan menimbulkan salah faham. Kesimpulannya, melalui tayangan video What Is Illegal, peserta yang terlibat memahami jenis-jenis yang mereka patut kongsi dan tidak patut kongsi. Sekiranya mereka ingin melaporkan sesuatu berita atau maklumat, mereka harus tahu jabatan mana yang mengendalikan masalah tersebut.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali