Ceramah KDB sempena Seminar Sehari Ilmu Keluarga LPPKN

13 Mac 2019 | Aktiviti Terkini

Pada tarikh 12 Mac 2019, Pusat Internet RPR Permyjaya telah menyertai satu ceramah Klik Dengan Bijak sempena Seminar Sehari Ilmu Keluarga anjuran LPPKN. Seminar ini telah diadakan di Bilik Seminar UTC Miri dari jam 2:00 sehingga 4:00 petang dan disertai oleh 20 orang peserta berumur di antara 25 hingga 45 tahun. Seminar ini bertemakan Smart Parent, Smart Phone dimana ianya bertujuan untuk membina kebingkasan dikalangan para ibu bapa agar lebih peka dalam memantau kegiatan anak-anak mereka yang menggunakan telefon bimbit atau tablet dalam kehidupan seharian. Ibu bapa harus bijak memainkan peranan mereka supaya anak-anak tidak terlibat dalam gejala negatif yang semakin berleluasa di media sosial seperti siber buli, romance/love scam dan sebagainya.

Melalu seminar ini, ibu bapa secara tidak langsung lebih peka dalam memantau aktiviti anak-anak yang menggunakan telefon bimbit dan tablet. Ibu bapa menggalas tanggungjawab yang penting dalam pembentukan peribadi anak-anak. Justeru, ibu bapa harus memantau aktiviti anak-anak di media sosial untuk memastikan anak-anak menggunakan carian yang memang dibina untuk kegunaan kanak-kanak. Kesimpulannya, ibu bapa dapat mengambil langkah berjaga-jaga dan lebih tegas terhadap anak-anak dalam memantau aktiviti seharian mereka di media sosial. Luangkan masa dan seringkali berkomunikasi dengan anak-anak supaya mereka tahu perkembangan anak-anak. Jadilah pengguna internet yang bijak!

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali