Kursus Asas Pengenalan Komputer

21 Julai 2019 | Aktiviti Terkini

Pada tarikh 20 Julai 2019, Pusat Internet RPR Bandar Baru Permyjaya telah mengadakan satu kursus asas pengenalan komputer bertempat di Bilik Latihan, Pusat Internet RPR Bandar Baru Permyjaya dari jam 9:00 pagi sehingga 4:00 petang. Kursus ini telah disertai oleh 4 orang peserta berumur dalam lingkungan 18 sehingga 35 tahun.

Tujuan kursus ini diadakan adalah untuk mendedahkan peserta kepada komponen-komponen asas yang terdapat dalam sesebuah komputer. Antaranya seperti internal hard drive, RAM, processor, motherboard, CD/DVD writer. Setiap komponen komputer tersebut mempunyai fungsi yang berbeza dan perlu ada dalam setiap perisian komputer untuk memastikan komputer dapat berfungsi dengan baik. Peserta turut diberikan satu kuiz pendek mengenai komponen asas komputer untuk menguji tahap pemahaman mereka terhadap perisian komputer di akhir kursus ini.

Antara kebaikan yang peserta perolehi selepas mengikuti kursus ini ialah mereka lebih tahu mengenai perisian komputer dan dapat membuat pilihan yang baik sekiranya mereka ingin membeli komputer untuk kegunaan peribadi atau kerja di masa hadapan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali