ICT Explorace

19 Mei 2019 | Aktiviti Terkini

Pada tarikh 18 Mei 2019, Pusat Internet RPR Bandar Baru Permyjaya telah menyertai ICT Explorace yang dianjurkan oleh pihak Pusat Internet Kampung Lambir yang bertempat di Pusat Internet Kampung Lambir sendiri. Program ini diadakan dari jam 10 pagi sehingga 4 petang. Program ini telah disertai oleh 12 orang peserta yang berumur bawah 18 tahun. Tujuan ICT Explorace ini diadakan adalah untuk memupuk semangat kerjasama antara pasukan dan menguji kepantasan minda peserta berfikir untuk menyelesaikan sesuatu masalah berdasarkan masa yang diberikan.

Antara aktiviti yang dijalankan semasa ICT Explorace ini adalah Typing Challenge, Crossword KDB, Kreativiti ICT dan komuniti di Internet yang dibahagikan pada empat checkpoints. Di antara kebaikan program ini adalah dapat membina hubungan baik antara pasukan dan mewujudkan jaringan komunikasi antara peserta.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali