Kahoot Asas Perkakasan Komputer

20 Oktober 2019 | Aktiviti Terkini

Pada tarikh 19 Oktober 2019, Pusat Internet RPR Bandar Baru Permyjaya telah mengadakan satu kuiz Kahoot mengenai Asas Perkakasan Komputer yang telah diadakan di Bilik Latihan, Pusat Internet RPR Bandar Baru Permyjaya. Kuiz ini telah disertai oleh 5 orang peserta yang berumur dalam lingkungan 8 sehingga 13 tahun.

Tujuan kuiz ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada peserta tentang e-learning atau pun pembelajaran menggunakan komputer melalui internet. Salah satu konsep e-learning ialah menggunakan aplikasi Kahoot. Kahoot Asas Perkakasan Komputer mendidik peserta supaya tahu dan kenal asas perkakasan komputer seperti monitor, tetikus, papan kekunci, cd/dvd writer, processing unit dan sebagainya.

Antara kebaikan yang peserta perolehi dari kuiz ini ialah peserta mendapat ilmu baharu dan boleh berkongsi maklumat dengan rakan yang lain yang tidak tahu mengenai komputer. Pada masa yang sama, peserta menjadi seorang yang celik IT kerana tahu menggunakan teknologi yang semakin canggih pada masa kini.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali