Bengkel Resume Mudah

11 Februari 2019 | Aktiviti Terkini

Pada tarikh 10 Februari 2019, Pusat Internet RPR Permyjaya telah mengadakan satu sesi Bengkel Resume Mudah. Bengkel ini telah disertai oleh dua orang peserta yang berumur 18 tahun dan telah diadakan di Bilik Latihan, Pusat Internet RPR Permyjaya. Tujuan utama Bengkel Resume Mudah ini diadakan adalah untuk mengajar peserta cara-cara untuk membuat resume sekiranya mereka ingin memohon sesuatu pekerjaan.

Resume ialah ringkasan peribadi tentang seseorang dan ia nya memang perlu ketika memohon pekerjaan supaya majikan dapat tahu serba sedikit ringkasan peribadi pemohon pekerjaan. Peserta diajar membuat resume melalui website canva. Pelatih juga menyatakan maklumat yang perlu ada dalam resume seperti gambar passport, maklumat peribadi, latar belakang pelajaran, pengalaman kerja, kemahiran yang dimiliki dan juga rujukan. Secara kesimpulannya, peserta tahu cara untuk membuat resume untuk tujuan memohon pekerjaan di masa hadapan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali