Bengkel Youtube Cardock

14 Disember 2019 | Aktiviti Terkini

Pada tarikh 12 dan 13 Disember 2019, Bengkel Youtube bersama Cardock telah diadakan di Pusat Internet RPR Bandar Baru Permyjaya. Ini adalah merupakan salah satu usaha Kementrian Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Terminal Perindustrian dan Pembangunan Usahawan (Mintred) untuk membantu rakyat Sarawak menuju transformasi IR4.0.

Cardock (Youtube Influencer) telah dijemput khas sebagai fasilitator bagi menjayakan bengkel tersebut. Seramai 27 orang peserta sekitar Bandaraya Miri telah menyertai bengkel tersebut. Tujuan bengkel ini diadakan juga adalah untuk mempelajari cara-cara memperoleh sumber pendapatan melalui video di aplikasi Youtube. Dengan cara ini, peserta boleh mendapatkan sumber pendapatan dengan masa yang fleksibel tanpa perlu bekerja di pejabat. Kesimpulannya, bengkel ini banyak membantu komuniti untuk menghasilkan video sambil menjana pendapatan

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali