Aktiviti Kemerdekaan & Kuiz Kahoot

06 Ogos 2018 | Aktiviti Terkini

Pada tarikh 5 Ogos 2018, bagi menyambut bulan kemerdekaan, Pusat Internet RPR Bandar Baru Permyjaya telah mengadakan aktiviti kemerdekaan dan kuiz kahoot yang disertai oleh ahli-ahli pusat internet bermula 5 Ogos 2018 sehingga 12 Ogos 2018. Aktiviti-aktiviti ini diadakan bagi menyemai semangat cintakan negara di samping memperkenalkan ICT secara tidak langsung kepada para peserta yang rata-ratanya adalah ahli-ahli pusat internet berumur linkungan sekitar 9 – 15 tahun.

Para peserta juga didedahkan dengan e-learning serta penggunaan computer dan internet melalui aktiviti kahoot dan pembuatan bendera secara kolaj. Para peserta dikehendaki menggunakan enjin carian cara-cara membuat kolah serta rupa bentuk dan warna bendera yang akan dibuat. Aktiviti ini sekaligus akan meningkatkan kemahiran ICT para peserta. Selain itu, taklimat dan perkongsian Klik Dengan Bijak turut diselitkan semasa aktiviti itu berlangsung untuk memberi kesedaran kepada para peserta mengenai cara penggunaan internet yang baik.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali