Perkongsian ICT Tutorial Design Stiker Produk
23 April 2022 | Aktiviti TerkiniPada tarikh 22 April 2022, Pusat Ekonomi Digital (PEDi) RPR Bandar Baru Permyjaya telah mengadakan satu sesi perkongsian ICT untuk usahawan tentang cara untuk design stiker produk. Perkongsian ini telah diadakan secara langsung di Facebook Page Pusat Ekonomi Digital (PEDi) RPR Bandar Baru Permyjaya untuk tontonan ramai. Tujuan perkongsian ini dilakukan adalah untuk mengajar atau membimbing usahawan tempatan untuk mencipta stiker produk mereka mengikut kesesuaian dan citarasa tersendiri.
Tutorial ini dilakukan menggunakan aplikasi Canva yang mudah dan percuma. Usahawan tempatan digalakkan untuk mempunyai stiker produk supaya produk mereka mempunyai branding dan lebih dikenali pelanggan. Melalui tutorial ini, usahawan dapat belajar cara untuk mencipta produk stiker tersendiri. Pada masa yang sama, mereka juga mahir menggunakan komputer dan tahu memanfaatkan penggunaan internet untuk kebaikan perniagaan mereka.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: