Perkongsian Klik dengan Bijak : Beli Belah Dalam Talian
7 Februari 2022 | Aktiviti TerkiniPada tarikh 6 Februari 2022, Pusat Ekonomi Digital (PEDi) RPR Bandar Baru Permyjaya telah mengadakan satu sesi perkongsian Klik dengan Bijak tentang beli belah dalam talian. Perkongsian ini telah diadakan di Facebook Page Pusat Ekonomi Digital (PEDi) RPR Bandar Baru Permyjaya untuk tontonan ramai.
Tujuan perkongsian ini dilakukan adalah untuk memberi kesedaran tentang keselamatan aktiviti membeli belah dalam talian. Selain itu, staf PEDi juga berkongsi mengenai risiko semasa melakukan transaksi pembelian dalam talian.
Melalui perkongsian ini, orang ramai lebih peka dan berhati-hati semasa melakukan transaksi pembelian dalam talian. Selain itu, mereka juga akan menyemak latar belakang penjual sebelum membeli barangan yang dijual penjual tersebut.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: