Perkongsian Cara Mohon Kad Perakuan Nikah Sarawak

5 Februari 2022 | Aktiviti Terkini

Pada tarikh 4 Februari 2022, Pusat Ekonomi Digital (PEDi) RPR Bandar Baru Permyjaya telah mengadakan satu sesi perkongsian tentang cara untuk memohon kad perakuan nikah di negeri Sarawak. Perkongsian ini telah diadakan di Facebook Page Pusat Ekonomi Digital (PEDi) RPR Bandar Baru Permyjaya untuk tontonan ramai.

Tujuan perkongsian ini dilakukan adalah untuk menunjukkan cara-cara memohon kad perakuan nikah di Sarawak bagi pasangan suami isteri yang telah berkahwin. Perkongsian ini ditunjukkan dari langkah pertama sehingga langkah terakhir. Pasangan suami isteri yang ingin memohon kad perakuan nikah boleh menonton video ini untuk tahu lebih lanjut. Semua langkah yang ditunjukkan sangat mudah dan pemohon boleh menggunakan telefon pintar masing-masing.

Melalui perkongsian ini, pasangan suami isteri tahu cara untuk memohon kad perakuan nikah dan tidak perlu risau untuk kemana-mana kerana kad perakuan nikah ini boleh diselitkan di dalam dompet seperti saiz Kad Pengenalan dan Lesen Memandu.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali