Perkongsian Klik dengan Bijak – Ancaman Phishing
28 Julai 2022 | Aktiviti TerkiniPada tarikh 27 Julai 2022, Pusat Ekonomi Digital (PEDi) RPR Bandar Baru Permyjaya telah mengadakan satu sesi perkongsian Klik dengan Bijak kepada orang umum tentang Ancaman Phishing atau Pancingan Data. Perkongsian ini telah diadakan secara langsung di Facebook Page Pusat Ekonomi Digital (PEDi) RPR Bandar Baru Permyjaya untuk tontonan ramai.
Tujuan perkongsian ini dilakukan adalah untuk memberi pendedahan kepada orang ramai tentang apa sebenarnya phishing. Perkongsian ini juga memberi maklumat kepada orang ramai tentang definisi phishing, modus operandi phishing, cara untuk mengenal pasti e-mel phishing dan cara untuk mengelak menjadi mangsa kegiatan jenayah phishing.
Melalui perkongsian ini, orang ramai tahu untuk mengambil langkah berjaga-jaga dan tidak berkongsi maklumat peribadi serta tidak sesukahati klik pada pautan yang mencurigakan yang diterima di e-mel.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: