Buli Siber
25 Jun 2022 | Aktiviti TerkiniPada tarikh 24 Jun 2022, Pusat Ekonomi Digital (PEDi) RPR Bandar Baru Permyjaya telah mengadakan satu sesi perkongsian KDB kepada orang umum tentang Buli Siber. Perkongsian ini telah dimuat naik ke Facebook Page Pusat Ekonomi Digital (PEDi) RPR Bandar Baru Permyjaya untuk tontonan ramai.
Tujuan perkongsian ini dilakukan adalah untuk meningkatkan kesedaran kepada orang ramai bahawa jenayah buli siber ini masih berleluasa dan masih trending di media sosial sehingga kini. Tindakan yang perlu diambil jika kita menjadi mangsa buli siber juga dikongsikan agar memudahkan mangsa membuat tindakan jika menjadi mangsa.
Melalui perkongsian ini, orang ramai lebih berwaspada ketika melayari media sosial dan seterusnya dapat mengelakkan diri daripada menjadi mangsa buli siber.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: