Perkongsian Klik dengan Bijak - Terlebih Kongsi

19 Jun 2022 | Aktiviti Terkini

Pada tarikh 18 Jun 2022, Pusat Ekonomi Digital (PEDi) RPR Bandar Baru Permyjaya telah mengadakan satu sesi perkongsian Klik dengan Bijak kepada orang umum tentang Terlebih Kongsi atau Overshare. Perkongsian ini telah diadakan secara langsung di Facebook Page Pusat Ekonomi Digital (PEDi) RPR Bandar Baru Permyjaya untuk tontonan ramai.

Tujuan perkongsian ini dilakukan adalah untuk memberi pendedahan kepada orang ramai tentang apa sebenarnya terlebih kongsi. Perkongsian ini juga menyatakan antara maklumat yang tidak boleh didedah atau dikongsi di media sosial seperti nama penuh, alamat rumah, nombor kad pengenalan, nombor kad bank dan lain-lain.

Melalui perkongsian ini, orang ramai boleh mengambil langkah berjaga-jaga dan sentiasa mengurangkan aktiviti terlebih kongsi di media sosial demi keselamatan diri dan keluarga.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali