Perkongsian Klik dengan Bijak – Pengantunan Dalam Talian

17 Jun 2022 | Aktiviti Terkini

Pada tarikh 16 Jun 2022, Pusat Ekonomi Digital (PEDi) RPR Bandar Baru Permyjaya telah mengadakan satu sesi perkongsian Klik dengan Bijak kepada orang umum tentang pengantunan dalam talian atau pun Cyber Grooming. Perkongsian ini telah diadakan secara langsung di Facebook Page Pusat Ekonomi Digital (PEDi) RPR Bandar Baru Permyjaya untuk tontonan ramai.

Tujuan perkongsian ini dilakukan adalah untuk memberi pendedahan kepada orang ramai tentang apa sebenarnya pengantunan dalam talian yang terjadi dalam masyarakat kita pada hari ini. Perkongsian ini juga menceritakan proses pengantunan pemangsa dan tips untuk mencegah pengantunan dalam talian.

Melalui perkongsian ini, orang ramai boleh mengambil langkah berjaga-jaga dan sentiasa memantau perlakuan anak-anak mereka supaya tidak terjebak dan menjadi mangsa pengantunan dalam talian.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali