Kelas Microsoft Office

28 Mac 2021 | Aktiviti Terkini

Pada tarikh 27 Mac 2021, pihak Pusat Internet Komuniti RPR Bandar Baru Permyjaya telah mengadakan satu kelas asas komputer bertempat di Bilik Latihan Pusat Internet Komuniti RPR Bandar Baru Permyjaya. Kelas ini telah disertai oleh seorang peserta berusia 18 tahun bermula dari jam 11:00 pagi sehingga 5:00 petang. Tujuan kelas asas Microsoft Office ini diberikan kepada peserta supaya peserta tahu menggunakan Microsoft Office yang asas merangkumi Microsoft Word, Microsoft Excel dan Microsoft Powerpoint.

Antara penggunaan Microsoft Office ialah untuk mencipta dokumen, mencetak dokumen, mencipta resume dan surat, mencipta slide dan melakukan pengiraan. Pelatih memulakan sesi pembelajaran dengan Microsoft Word diikuti dengan Microsoft Excel dan Microsoft Powerpoint. Peserta juga diberi peluang untuk belajar dan mencipta dokumen, membuat pengiraan dan mencipta slide menggunakan komputer di Bilik Latihan. Pelatih juga memberi latih tubi kepada peserta supaya peserta tahu apa yang dipelajari.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali