Kelas Asas Microsoft Office

11 Januari 2021 | Aktiviti Terkini

Pada tarikh 10 Januari 2021, pihak Pusat Internet Komuniti RPR Bandar Baru Permyjaya telah mengadakan satu kelas asas Microsoft Office. Kelas ini diadakan di Bilik Latihan, Pusat Internet Komuniti RPR Bandar Baru Permyjaya, Miri dan telah dihadiri oleh seorang peserta berusia 19 tahun. Dalam kelas ini, peserta diajar cara untuk menggunakan Microsoft Office termasuklah Microsoft Word, Microsoft Excel dan Microsoft Powerpoint. Peserta dilatih dan diajar cara untuk mencipta dokumen, mencetak dokumen, menyimpan dokumen, membuat pengiraan, mencipta slide menggunakan Microsoft Office dan lain-lain. Selepas sesi kelas tamat, pelatih memberi latih tubi menggunakan aplikasi Kahoot kepada peserta tentang Microsoft Office supaya peserta lebih faham.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali