LIVE Tutorial Cipta Kad Nama Perniagaan Guna Canva dan Microsoft Word
5 Jun 2021 | Aktiviti TerkiniPada tarikh 4 Jun 2021, Pusat Internet Komuniti RPR Bandar Baru Permyjaya telah mengadakan satu kelas dalam talian menggunakan aplikasi LIVE Streaming Stream Yard. Kelas yang diadakan ialah LIVE Tutorial Cipta Kad Nama Perniagaan Guna Canva dan Microsoft Word. Kelas ini berasaskan ICT kerana menggunakan komputer atau laptop dan aplikasi Canva dan Microsoft Word. Kelas ini berlangsung selama 35 minit. Penyertaan peserta direkodkan menggunakan Google Form.
Semasa kelas berlangsung, wakil Pusat Internet Komuniti RPR Bandar Baru Permyjaya menerangkan cara-cara untuk mencipta kad nama perniagaan dengan menggunakan aplikasi Canva dan Microsoft Word. Kad nama perniagaan ini sesuai digunakan sesiapa sahaja yang bekerja dan usahawan kecil. Peserta dibimbing mencipta kad nama perniagaan yang mudah dari mula sampai akhir dan cara mencetak muka hadapan dan belakang kad menggunakan Microsoft Word.
Penciptaan kad nama perniagaan menggunakan Canva dan Microsoft Word sangat mudah dan senang. Orang yang bekerja atau usahawan kecil dapat mencetak dalam bajet yang murah dan boleh reka cipta kad nama perniagaan ikut kreativiti masing-masing.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: