Apa Yang Anda Patut Tahu Mengenai Vaksin Covid-19
25 Julai 2021 | Aktiviti TerkiniPada tarikh 24 Julai 2021, Pusat Internet Komuniti RPR Bandar Baru Permyjaya telah mengadakan satu sesi perkongsian santai tentang Apa Yang Anda Patut Tahu Mengenai Vaksin Covid-19. Sesi perkongsian ini telah diadakan di Facebook Page Pusat Internet Komuniti RPR Bandar Baru Permyjaya untuk tontonan ramai.
Tujuan sesi perkongsian santai ini diadakan adalah untuk memberi kesedaran kepada komuniti tentang vaksin Covid-19. Selain itu, sesi perkongsian ini membincangkan tentang apa itu vaksin, cara penghasilan vaksin, siapa yang layak mendapatkan vaksin, bagaimana vaksin diberikan kepada orang awam dan kesan sampingan selepas suntikan vaksin Covid-19. Pelatih menasihatkan orang awam yang belum mengambil vaksin Covid-19 untuk daftar diri dan kelurarga bagi mendapatkan perlindungan maksimum dari jangkitan virus Covid-19.
Kebaikan sesi perkongsian santai ini adalah komuniti tahu kepentingan vaksin Covid-19 pada masa kini terutamanya sepanjang tempoh pandemik Covid-19.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: