Tutorial Cara Guna Aplikasi Smart Parking Borneo

13 Jun 2021 | Aktiviti Terkini

Pada tarikh 12 Jun 2021, Pusat Internet Komuniti RPR Bandar Baru Permyjaya telah mengadakan satu tutorial tentang cara untuk menggunakan aplikasi Smart Parking Borneo di telefon pintar. Aplikasi Smart Parking Borneo ini mesra pengguna kerana boleh digunakan oleh pengguna telefon Android dan iOS. Aplikasi ini juga telah digunakan di Sarawak.

Tutorial ini diajar melalui skrin rekod. Untuk pengguna sedia ada hanya perlu log masuk manakala untuk pengguna baru perlu daftar seperti biasa. Kemudian, pengguna hanya perlu buka aplikasi dan daftar nombor plat kereta peribadi, model dan warna kereta. Pengguna perlu top up aplikasi ini menggunakan perbankan internet, Sarawak Pay atau boleh pergi ke kaunter parking kupon untuk top up aplikasi. Untuk bayaran smart parking, ketika hendak parkingkan kereta, pengguna perlu parking dan pilih kenderaan yang telah didaftar dalam aplikasi, pilih zon biru atau hijau dan terakhir pilih tempoh parking.

Tutorial ini sangat mudah diikuti oleh pengguna. Penggunaan aplikasi Smart Parking Borneo ini lebih menjimatkan dan paperless

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali